Shopping Dear's

Sunday, June 3, 2012

Daging masak lada hitam

BAHAN BAHAN


500gm daging batang pinang
1 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar 
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sudu besar gula
minyak untuk menggoreng
kacang buncis / kentang potong dadu (option nak letak boleh tak letak pun boleh) 




CARA MEMBUATNYA


Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu biji lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yang banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.   
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam, gula dan sayur (option). Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan.