Shopping Dear's

Wednesday, September 12, 2012

Kek Coklat Moist (kukus)

Bahan - Bahan

**4 bijik telur
**1 cawan gula pasir ( gula castor )
**1 tbs esen vanilla

2 cawan tepung
1 tbs baking powder
1 tbs bicarbonate soda
1 cawan serbuk koko ( van houten )
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak ( boleh tuka guna buttercup yang dah di cairkan )
1 cawan air ( boleh guna susu cair 1 tin )

Topping  (boleh dapat untuk 2 kek besar)

1 tin susu  cair
1 cawan air
100 g gula pasir (castor)
1 tbs serbuk agar-agar
350 g coklat bar ( nona atau tulip atc )
1 cawan serbuk koko
5 tbs tepung custar

Cara - cara

1 - Pukul bahan yang bertanda ** sehingga keluar buih-buih halus boleh mengunakan mixer atau pukul dengan whisk .

2 - Masak dalam periuk 1 cawan air/susu cair bagi sampai mendidih kemudian masukkan 1 cawan susu pekat dah masukkan pula 1 cawan minyak dengan api yang perlahan, jangan terlalu mengelegak angkat dan letak di tepi rehatkan seketika.

3 - Satukan bahan kering tadi,tepung, serbuk koko, baking powder, dan soda bicarbonate ayak supaya tekstur lebih halus dan ringan.

4 - Satukan semua bahan-bahan no 2 kedalam bahan-bahan no 1, gaul sehingga sebati, adunkan dengan mengunakan spatula masukkan sedikit- demi sedikit bahan-bahan no 4, gaul rata.

5 - Masukkan ke dalam loyang, loyang tadi pastikan sudah di sapukan dengan butter agar tidak melekat. Tutup atas loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakan wap air jatuh ke dalam kek semasa proses kukus. Kukus kek selama 1 jam 15 mint.

Topping

Campurkan semua bahan kemudian sejukan seketika kemudaian baru hias di atas kek. Selamat mencuba!!




Hari tu tak sempat nak take some picture. 
Selamat Hari Raya