Shopping Dear's

Friday, June 29, 2012

Chocolate Attraction


Bahan-bahan:

½ cawan Havy Krim
¼ cawan marshmallow 
½ cawan Cip Coklat Semisweet

Cara Membuat

1) Dalam periuk kecil, masukkan havy krim dan marshmallow dan biarkan ia masak sehingga marshmallow cair. Perlahan suhu api dan masukkan cip coklat. 
Kacau sehingga coklat cair dan letakkan campuran ini ke dalam 2 bekas kecik.

2) Biarkan ia sejuk di dalam peti sejuk selama kira-kira 15 hingga 20 minit dan hidangkan ia dengan buah strawberry,blubbery,kiwi (fresh fruit), whipped cream atau confectioners sugar.
hidangakan, saljian untuk 2 orang.

selamat mencuba




Thursday, June 28, 2012

♔ Virgin Margaritas ♔

Bahan-Bahan


1 Botol minute maid perisa Lemonade (botol kecik)
1/3 cawan Jus Oren Segar
4 cawan ais batu
Jus daripada 1 Lemon Segar
Jus daripada 1 Lime Segar
2 sudu besar gula halus


Cara penyediaan


Tuang air minute maid perisa Lemonade ke dalam jug yang besar
kemudian masukan 1/3 cawan jus oren segar
perahan 1 bijik lemon segar dan 1 bijik lime segar
masukan 2 sudu besar gula halus dan kacau
last sekali masukan ais kacau sehingga air betul-betul sejuk
dah hidangkan.


Cara Hidangan


Ambik sedikit potongan lime kemudia sapukan kepada bibir gelas
Ambik garam dan lekatkan pada bibir gelas yang sudah disapukan dengan lemon tadi


P/S : Ini adalah halal tiada unsuran alcohol dalam hidagan saya cipta sendiri, untuk hidangan santai bersama kawan atau sedikit jamuan bersama rakan boleh dihidangkan juga. selamat mencuba, sedikit sour boleh tambah gula untuk hilangkan rasa masam itu. Berilah sedikit kelainan kepada menu anda.



❤ MY VERSION ❤

Monday, June 25, 2012

Intro Of This Blog

Assalamualikum, tak jawab dosa hehehe. First of all why i create this page because i really miss my mom, ya biler duk perantau orang ni duk pulak sendiri teringat mak masak masakan kampung hurmmm tentu rindu sangat. And saya nak mintak maaf kepada sesiapa yang saya dah ambik resepi dari mereka, mintak halal yer , Untie , kakak or abang and adik. Does yang resepi saya ambik ni biasanya saya akan cuba buat sendiri, as my buku recipes, well now dah maju tak payah nak bukak buku..hehhehe, biasalah kadang-kadang biler nk masak tu tak jadi sedih tapi cuba lagi untuk mendapatkan rasa yang sebenar. Happy ok biler dapat buat jadi. Makan sendiri sampai habis hehehe. Why this blog nama addiction because saya sangat suka masak cuma kadang-kadang tak ada masa nk masak...hehehe hope all boleh kongsi resepi kat sini dengan saya. Sharing is Carring.

Happy Food

SUBWAY ADALAH HALAL

Assalamualaikum


Hari ni berita pasal SUBWAY, Btw saya adalah pengemar fast food yang tegar!!
sangat tegar one of fast food yang saya gemar dan selalu menikmati ketika shopping di luar adalah subway, kenyang dan banyak pilihan, and ada vegie yang boleh kiter choose, best kan then tak membazir 6 inci setiap saljian dah boleh kenyakan saya sepanjang hari, air pun boleh refeel free change, best kan and puas hati

Baru ni saya ada dengar pasal kes tak halal nyer subway, dalam hati tuhan jer tahu istifar banyak.
rumours yang saya dengar HAM yang digunakan adalah dari DAGING B**I, ya allah tuhan jer tahu masa tuh, apa lagi dengan hasil googel yang di cari di merata tempat dan blog dan di akhiri dengan PROTAL HALAL JAKIM

LINK MORE INFO PERMIS HALAL JAKIM SUBWAY (area penang)

Syukur lah finally halal jugak yang makanan yang saya makan tanpa was-was, dupdap dupdap jantung mencari kepastian yang was-was nih.

Kepada para pengguna dan pengemar makanan barat atau apa-apalah yang seumpama dengan nya, pastikanlah makanan yang anda makan tu adalah dari hasil yang halal, kerana makanan yang masuk kedalam tubuh kita adalah makanan yang akan menjadi darah daging kita.
nauzubillah jauhilah segala yang buruk dan hindarilah dari memakan yang kurang elok.

And kepada yang suka membuat cerita dan suka menjatuhkan peniagaan orang lain tanpa usul periksa ke atas orang lain ada besar dosanya.

Setidaknya cariklah sumber yang boleh di percayai jangan membuta tuli menuduh perkara yang tidak benar. kan dah dinamakan dosa menuduh tanpa usul periksa.

Lebih baik diam dari berkata perkara yang tidak berasas dah tidak benar.

Masa saya tulis entry nih masih ramai lagi yang belum tahu pasal halal di subway. so saya adalah one of them yang ketingalan zaman mengupdate pasal status halal subway, hehehhe..

New promotion ON this 27/06/2012 (KLIK)



Jom ramai-ramai serbu SUBWAY yang berdekatan.!!!

FROM SUBWAY PAGES MALAYSIA 


Dear all SUBWAY fans,

Just so you guys know…all Subway products and restaurants are certified as Halal by Islamic Food Research Centre Asia, Malaysia and Asia Region (IFRC), based on Malaysian Standard (MS 1500:2009), Halal Food – Production, Preparation, Handling and Storage – General Guidelines. Did you know that this is legally issued based on the Trade Descriptions (Use of Expression "Halal”) Order 1975 and Trade Descriptions (Marking of Food) Order 1975? You can find out more here too! http://www.halalfoodasia.org

Did you also know that all our products have already been certified by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)? We are in the process ensuring our services will meet JAKIM’s stringent standards. Rest assured that Subway Malaysia has always been sensitive to the needs of all our customers and will continue to deliver the freshest and the highest standards in our products, service and customer experience.

Have a great Subway day!

Friday, June 22, 2012

TGI Friday's New's

KUALA LUMPUR: Chaswood Resources, pengendali restoran keluarga ala Amerika, TGI Friday’s mengambil keputusan mengubah suai semua menu serta menggunakan sos sama seperti rangkaiannya di Asia Barat bagi menarik perhatian pelanggan di negara ini, terutama beragama Islam.
Pengarah Urusannya, Andrew Reddy berkata, sos itu disediakan sendiri setiap hari bagi menjamin kualiti dan kesegaran bahan masakan.


“Chef Eksekutif TGI Friday’s, Larry Doyle datang ke Malaysia untuk membantu kami membuat semakan semula semua menu dan melatih kakitangan menyediakan makanan seperti dihidangkan di restoran kami di Asia Barat.
“Proses ini bukan mudah kerana kami bukan saja mengubah menu tetapi pada masa sama memastikan ia memenuhi cita rasa pelanggan tempatan tanpa menjejaskan keaslian rasa hidangan TGI Friday’s.


“Kami juga membuat ujian rasa makanan menggunakan sos baru; dan hasilnya memuaskan kerana kebanyakan memberi maklum balas bahawa sajian dengan sos baru lebih enak,” katanya.


Menurut Reddy, semua daging dan ayam dibeli daripada pengedar yang mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah beliau mengunjungi pusat penyembelihan bagi memastikan ia mematuhi peraturan ditetapkan.
Katanya, langkah berkenaan akan meningkatkan keyakinan pelanggan Muslim untuk menjamu selera di semua 12 restoran TGI Friday’s di seluruh negara tanpa was-was.


Beliau berkata, sejajar dengan perubahan itu, TGI Friday’s menawarkan daging panggang Tennessee Grill yang popular di negara Asia Barat.
Katanya, meskipun berlaku pengubahsuaian menu, keunikan dan keaslian rasa semua hidangan TGI Friday’s tetap dikekalkan kerana setiap perubahan dilakukan dengan teliti dan disempurnakan oleh pengurusan TGI Friday’s International.


Malah hampir 70 peratus menu di semua rangkaian TGI Friday’s seluruh dunia adalah sama dengan yang dihidangkan di Malaysia; bezanya sajian di restoran tempatan tidak mengandungi alkohol.


Selain itu, restoran TGI Friday’s di Menara Hap Seng adalah cawangan pertama di dunia dibenarkan menukar konsep hiasan dalaman dengan sentuhan tempatan.


Kini Chaswood Resources memberi tumpuan untuk membuka cawangan terbaru di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, pada Mac depan dan ia dijangka menjadi restoran TGI Friday’s pertama mendapat sijil halal.


“Perancangan ini dibuat mengikut keperluan dan profil pelanggan. Jika ia berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan, tidak mustahil konsep ini diperluaskan ke cawangan lain,” katanya

Link here

Monday, June 18, 2012

Italian Tiramitsu

Assalamualaikum....

Hari ini ada resepi baru mintak dari kakak kat FB baik hati dia bagi saya resepi, raya nanti boleh lah buat untuk family, hehehehe.....
terima kasih kakak  نور ايدايو

dia juga ada jual Push-Cake Container, sapa yang berminat boleh lah beli barang from this kakak....selamat mencuba <3

Italian Tiramisu (8" pan)

Bahan2:
200g lady fingers (italy brand)
250g phidelphia / mascarpone cream cheese
60g castor sugar
2 eggs
1 tbsp coffee (bancuh dgn 1tsp sugar)
Serbuk koko (utk Final touchup)

Cara2:
1) pukul kuning telur dgn gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang & creamy
2) didalam mangkuk lain, pukul putih telur dgn secubit garam hingga kembang
3) masukkan adunan putih telur kedalam adunan kunig telur dan pukul hingga sebati
4) masukkan cream cheese, pukul hingga sebati
5) celup lady fingers dalam air kopi yg tlh dibancuh dan susun didalam loyang springform
6) tuang adunan cream cheese utk lapisan pertama biskut td, diulang utk lapisan kedua
7) taburkan serbuk koko di permukaan atas cream cheese
 sejukkan selama 4jam sebelum dihidang , boleh dihias ikut kesukaan anda


Take this picture from  نور ايدايو

Tuesday, June 12, 2012

Dapur Ku Berasap

assalamualaikum...

hari ni ada resepi baru...sendiri bikin no copy with other site na...
original by me...

kata orang kalau masak ni main campak-campak jer. baru jadi.
tapi kalu buat kek cfm kene sukat
ahahhaha...
tu lah betulalh tu orang cakap...tahu tak sebab apa, sebab saya sendiri pun suke main campak2 jer
senang tak payah nak ikot sukat janji rasa sedap..hehehhe
tapi lain tangan lain rasa
kadang tak pandai jugak ikot resepi nih...kadang jadi kadang tak...bila tak jadi tu yang sedih...hehehhe
now masih kat dapur sebab nak update blog...ahahhahha
ha time nih tgh peluh tak hingat panas plak kat dapur nih
ntah bila lah dapat masak lagi cm ni.
hehhehehe...seronok

tadi masa balik keje tak ada lah terpikir nak masak nih, ingat nak masak nasik buat nasik goreng jer...
tengok-tengok bukak peti ada kentang yang dah siap potong...hapa lagi ha nampak pulak daging cincang
ha mula lah start...kebetulan pulak ada instant mash potato...hasil tapau dari rumah kakak kawan....
ha jadi lah western food hari kat dapur... awesome btul dapur nih, btul buat magic hahhaha

Wednesday, June 6, 2012

Coretan Hati

Insan yang baru mengenal dunia

Musim ramadan bakal tiba, 
mana yang belum lagi mengatikan puasa silalah tunaikan dengan kadar segera 
agar amalan lebih mulia,
indah nya tidak terkira semoga ianya diberkahi allah untuk semua.

takala subuh hening menghembus dimuka ku ketika aku dihidupkan kembali
sujud ku kepada mu yang ya rabul izzati
tanda syukur ku kepadamu ya ilahi.
memberikan ku peluang untuk menjadi hamba mu di muka bumi ini

indahnya ciptaan mu, membuatkan hati ku terpaut agar hidup ku lebih harmoni dgn izin mu ya allah
semoga segala kesalahan ku di ampuni mu ya allah.
aku tahu terlalu besar kesalah ku ini ya allah.
dekatkan lah aku dengan dirimu ya allah 
jauhi aku dengan segala kemungkaran mu ya allah.



Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan, ampunilah daku…

Maafkan daku…




Mashed Potato Ala-Ala with Gravy

Bahan-bahan untuk Kentang Putar :


6 biji kentang yang bersaiz besar.


2 sudu besar mentega


5 sudu besar susu segar


Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.


Cara-cara :


Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.
Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.


Sos Kentang Putar.


Bahan-bahan :


650 ml air


1 biji bawang Holland - cincang halus


1 batang saderi- cincang halus


3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi


4 sudu besar mentega


4 sudu besar tepung gandum


1 sudu besar sos tomato


1 sudu besar sos tiram


1 sudu kecil serbuk lada hitam


garam secukup rasa


Cara -cara :


Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.
Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.
Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.
Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.

Sunday, June 3, 2012

Kek Coklat Kukus (telur)

Bahan-bahan:


2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur 
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair


Cara menyediakan:


Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan.

Bubur Jagung

Bahan-bahannya:


200gm gula pasir
50gm sagu
biji jagung (instan jagung, kat hyper market biasa dah ada)
1 biji kelapa (asingkan santan pekat & cair)
Sedikit garam


Cara menyediakan; 


Satukan isi jagung,sagu,gula pasir dan santan cair dalam periuk.
Masak hingga sagu kelihatan jernih. Kacau selalu supaya tidak melekat.
Kemudian masukkan santan pekat dan masak lagi selama lima minit. sedia dihidang.

Ketam Masak Cili Padi

Bahan-bahan:


1 kg ketam (CW potong 2, bersih dan toskan)
7-8 ulas bawang merah / 1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
15 tangkai cili padi (dikisar)


1 kotak santan segera
3 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit
Sedikit kunyit hidup (dikisar)
Sedikit lengkuas (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya


Cara-cara:


Tumis semua bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
Masukkan serai dan daun kunyit
Kemudian, masukkan santan dan air, mengikut kepekatan yang diinginkan
Kacau sehingga mendidih.
Masukkan ketam.
Perasakan dengan garam dan gula
Tunggu sehingga ketam masak. Hidangkan.

Kek Chokolat kukus tanpa telur

By : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan : loyang 6" x 6"


Bahan A :
125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ~ 1/4
2 sudu kecil serbuk penaik ~ 1sk


Bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa) ~ 3/4 caw
1/2 cawan susu pekat manis 1/2caw
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar 1 3/4
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam


Bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon


Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.

Bubur Ayam

BAHAN-BAHAN


Isi Ayam (direbus dan di siat ) 
1 cawan beras 
1 inci halia 
3 biji bawang merah 
2 biji bawang putih 
1 batang Lobak merah (potong bulat) 
Air 
Minyak (untuk menumis) 
Sediki daun bawang 
Sedikit garam  
Sedikit lada sulah

CARA MEMBUATNYA


Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. 
Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. 
Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. 
Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.  
Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah.
Masak sehingga masak dan hidangkan. 

Sambal Sotong

Bahan-bahan:


4 ekor sotong bersaiz besar - dipotong bulat
2 sudu makan sos cili
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Bahan kisar:


10 - 15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia


Cara memasak:


1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sotong dan digaul rata.
3. Masukkan pula sos cili, air asam jawa dan air secukupnya. Kacau sebati.
4. Akhir sekali, perasakan.

Daging masak lada hitam

BAHAN BAHAN


500gm daging batang pinang
1 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar 
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sudu besar gula
minyak untuk menggoreng
kacang buncis / kentang potong dadu (option nak letak boleh tak letak pun boleh) 




CARA MEMBUATNYA


Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu biji lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yang banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.   
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam, gula dan sayur (option). Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan.

Pecal Orang jawa

BAHAN-BAHAN PECAL 


Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris 
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan 


BAHAN KUAH 


150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA 


UNTUK KUAH 


Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.


UNTUK PECAL 
Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera. Dalam gambar diatas, ada antara sayur tu ditutup dek kuah dan ada yang tidak kelihatan


saya suka Kakak ipar saya buat (orang nogori, sedap kuah kacang dia buat lemak bekrim. kalau raya dia yang selalu tolong mak saya masak kat dapur,hehhehe makan nasik impit sodap ) nanti saya mintak resepi kat dia (zabina binti kudang) k.zah, orang nyer cantik...=)

Sambal Goreng Wong Jowo

Bahan-bahan:


1 paket tempe | dihiris
200gm ikan bilis
150gm kacang tanah
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Belacan secukupnya (skip if tak makan)
20gm suhun
2 biji cili merah | dipotong serong
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis


Cara memasak:


1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Sebatikan dan perasakan.
4. Setelah itu masukkan air secukupnya dan air asam jawa. Didihkan sehingga pecah minyak.
5. Masukkan suhun dan cili merah. Gaul rata.
6. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi. Kacau sebati dalam masa dua minit agar bahan goreng kekal rangup.
7. Sedia untuk dimakan.

Gulai lemak Udang

Bahan-bahan:


1kg udang sederhana
1 biji kelapa - diambil santannya
8 biji cili padi
4sm kunyit hidup
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit
Garam secukup rasa


Cara memasak:


1. Didihkan bahan kisar bersama santan. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
2. Apabila mendidih, perasakan dengan garam dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan udang, asam keping serta daun kunyit.
4. Biarkan sebati dan angkat.

Ikan Bilis Goreng Berlada

Bahan-bahan:


100gm ikan bilis halus/sederhana - dibasuh dan ditoskan
2 biji bawang besar
10 biji cili padi
2 biji cili masak
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Cara memasak:


1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga rangup dan angkat. Tos dan ketepikan.
2. Selepas itu goreng bawang besar yang dipotong bulat, cili padi dan cili merah yang telah dihiris tadi sehingga layu.
3. Angkat dan gaulkan pada ikan bilis tadi.
4. Sedia dinikmati bersama bubur nasi tadi.

Serawa Durian & Pulut

BAHAN KUAH SERAWA 


1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu


BAHAN PULUT 


1 kg pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul


CARA MEMBUATNYA 


UNTUK PULUT 


Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.


UNTUK KUAH SERAWA 

Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.


UNTUK PULUT SERAWA 


Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan etc.

Serawa Pisang

Bahan - bahan


10 biji pisang - sederhana masak(saya guna pisang awak)
1 cawan biji sagu (rebus sampai kembang dan toskan)
6 cawan santan (drpd sebiji kelapa)
3/4 cawan gula (boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian)
secubit garam
daun pandan


Cara-cara


Pisang dibuang kulit dan dipotong dua secara menyerong.
Masukkan santan, pisang dan daun pandan kedalam periuk dan renehkan dengan api perlahan sehingga mendidih.
Masukkan sagu, gula dan garam secukupnya. Renehkan lagi seketika.
Sedia untuk dihidangkan. Serawa pisang ini sedap dimakan ketika panas mahupun sejuk.

Ikan keli berlada

BAHAN –BAHAN :


 4 Ekor ikam keli
10 tangkai cili merah (kisar)
2 batang serai (dititik )
1 labu bawang besar (mayang kasar )
2 ulas bawang putih (tumbuk )
1 cm halia (tumbuk )




CARA MENYEDIAKANNYA  :


1. Lumurkan ikan yang telah dicuci dengan garamdan kunyit .goreng dan ketepikan
2. dalam kuali yang sama kurangkan minyak bekas mengoreng ikan tadi
3. Tumiskan bawang putih dan halia Apabila tumisan gariag masukkan cili merah ,garam dan gula kacau.
4. Masukkan ikan yangtelah di goreng tadi dan gaul sebati. masukkan bawang besar kacau hingga bawang layu

Sayur asam batang keladi

Bahan-bahan:


150gm ikan pari masin (rendam 30minit)
2 pokok keladi minyak (yang tidak gatal)
2 ulas bawang putih *
6 ulas bawang merah *
3 biji cili merah *
1 inci kunyit *
1/2 cawan ikan bilis yang direndam *
1/2cm belacan *
1 sudu asam jawa (rendam dengan 1/2 cawan air)
daun kesum, minyak, gula dan garam
p/s: kisar semua bahan yang bertanda *


cara buat:


buang kulit batang keladi dan dipotong-potong. masukkan isi keladi bersama 2 asam keping dan garam, rebus hingga masak
masukkan batang keladi, masak 1 minit, toskan
panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar*, masukkan ikan pari masin dan goreng 1-2 minit
masukkan air 500ml, masukkan isi dan batang keladi, daun kesum dan jus asam jawa tadi
letak garam dan gula, hidang (boleh makan dengan sambal belacan)

Nasik Goreng Petai

Bahan-Bahan:


5 sudu makan marjerin
3 sudu makan kicap manis
1 papan petai, kupas dan dibelah empat
3 piring nasi
2 biji buah tomato, dipotong-potong
2 batang daun bawang, dipotong halus
Minyak untuk menumis


Rempah yang dihaluskan:


5 biji cili merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam secukupnya




Cara:


Panaskan minyak. Tumis rempah-rempah yang sudah dihaluskan sampai baunya harum. Kemudian masukkan kicap manis dan petai. Adun sampai rata. Setelah petai masak, masukkan nasi putih dan adun terus sampai rata dan sebati betul. Setelah itu boleh diangkat dan dihidangkan. Ketika menghidangnya, taburkan bawang goreng diatasnya. Hiaskan dengan tomato dan daun bawang yang sudah dipotong.

Daging masak dengdeng

Bahan-bahan


500 gram daging (direbus, dihiris nipis & ditumbuk)
1/3 cawan kicap manis (saya pilih kipas udang)
1/3 cawan kicap masin (saya pilih tamin)
3 sudu cili kisar
2 sudu gula perang
2 batang serai (diketuk)
Air asam jawa
Garam
Minyak masak


Bahan kisar :
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 cm belacan
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih


Cara penyediaan
1. Gaul daging dengan 3 sudu bahan kisar, kicap manis & kicap masin. Perap seketika. Kemudian goreng daging tadi separa garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak, tumis lebihan bahan kisar, serai & cili kisar. Goreng hingga cilinya masak atau sehingga hampir garing.
3. Masukkan air asam jawa, gula perang & garam. Gaul lagi hingga sebati & tunggu kering sedikit.
4. Masukkan daging yang telah digoreng tadi & gaul rata.
5. Setelah kesemua daging disalut, angkat & bolehlah dihidangkan.

My Dr GiGi - ipoh perak -


PENDAKAP GIGI. BRACES. ATAU BESI DI GIGI 
ADA BANYAK GELARAN..
Saya kongsikan tips sebelum ANDA MEMILIH UNTUK MEMAKAI PENDAKAP GIGI braces.


1. BERSEDIA- dari segi mental dan fizikal
Mental-maknanya sudah sedia untuk ada "benda baru" dalam mulut, rasa kurang selesa dan inshaAllah jika anda bersedia, sepanjang tempoh pemakaian braces anda akan cepat ADAPT..atau menyesuaikan diri, dan BRACES JADI sebahagian dari anggota tubuh anda(untuk sementara) jadi tidaklah sakit sangat..tak selesa dan macam2 lagi.
Fizikal-persediaan dari segi kewangan, perbandingan harga dan juga alatan penjagaan mulut, ubat kumur, ubat gigi yang lebih sesuai dan sebagainya..Perbelanjaan dan kebijaksanaan anda membanding harga rawatan dan khidmat doktor penting.


2.BERILMU-SURF INTERNET BUAT SEDIKIT KAJIAN DAN SOAL SELIDIK rakan yang sudah memakai
Apabila ada perkongsian anda akan lebih bersedia. Contoh, prosedur permulaan, makanan sesuai, tempoh menyesuaikan diri dan sebagainya..


3. INSHAALLAH dengan dua tips ini IAITU BERSEDIA DAN BERILMU anda akan dapati keputusan anda memakai pendakap gigi adalah KEPUTUSAN YANG TEPAT..jangan semberono dan jangan lakukan kerana terpaksa..
Nanti saya kongsikan prosedur sebelum dan selepas pemakaian BRACES.
Di klinik saya harga BRACES RM 3000,(tidak termasuk rawatan, iaitu cabutan dan tampalan bergantung pada masalah gigi anda, boleh rujuk senarai harga di post terdahulu) dibayar secara berperingkat, dengan deposit rm 500, DAN SELEBIHNYA ANSURAN secara peringkat setiap BULAN
ERTINYA


RM 3000+ RM 200(CONTOH CABUTAN 4 batANGg gigi)+ RM 300(CONTOH HARGA TAMPALAN DAN CUCIAN)= RM 3500
BAYARAN RM 3500 INI DITOLAK RM 500 DEPOSIT..
DAN BAKI RM 3000 BOLEH DIANSUR SECARA BULANAN ANTARA RM 250-150 SEBULAN mudahkan?..JADI DALAM TEMPOH RAWATAN ANTARA SETAHUN KE 2 TAHUN BAYARAN SUDAH PUN LANGSAI
MISALNYA ANDA MEMBAYAR
RM 180 SEBULAN MAKA DALAM TEMPOH lebih kurang 16 BULAN BAYARAN SUDAH DILUNASKAN
BAYARAN TUNAI?
KAD KREDIT?
PUN BOLEH..


sementara itu untuk rundingcara serta nasihat PERCUMA..
JOM PAKAI PENDAKAP GIGI..DEMI SENYUMAN LEBIH MENAWAN..TAPI INGAT BERSEDIA DAN BERILMU..sebelum membuat keputusan..
pendek kata DATANG UNTUK NASIHAT DAN RUNDINCARA PERCUMA..SELEBIHNYA KUASA DI TANGAN ANDA
TEMUJANJI DI TALIAN                         012 4567855            
EMEL di dr.fadzli@yahoo.com

masak lemak ikan masin dgn nenas

Bahan-bahanye


3 ekor ikan masin sepat- di potong 2 - ( guna ikan masin kurau lagi sedap)
1/4 biji nenas - dipotong nipis
1 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
garam


caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.


2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam.


3. Masak sehinga kuah pecah minyak dan tutup api, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Daging masak dengdeng


Bahan-bahan


500 gram daging (direbus, dihiris nipis & ditumbuk)
1/3 cawan kicap manis (saya pilih kipas udang)
1/3 cawan kicap masin (saya pilih tamin)
3 sudu cili kisar
2 sudu gula perang
2 batang serai (diketuk)
Air asam jawa
Garam
Minyak masak


Bahan kisar :
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 cm belacan
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih


Cara penyediaan
1. Gaul daging dengan 3 sudu bahan kisar, kicap manis & kicap masin. Perap seketika. Kemudian goreng daging tadi separa garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak, tumis lebihan bahan kisar, serai & cili kisar. Goreng hingga cilinya masak atau sehingga hampir garing.
3. Masukkan air asam jawa, gula perang & garam. Gaul lagi hingga sebati & tunggu kering sedikit.
4. Masukkan daging yang telah digoreng tadi & gaul rata.
5. Setelah kesemua daging disalut, angkat & bolehlah dihidangkan.